Beregu campuran negara nafi terlibat atur perlawanan

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng menafikan dakwaan beliau terlibat mengatur perlawanan.

Menerusi laman Instagram miliknya, beliau menafikan terlibat dalam aktiviti tidak bertanggungjawab itu dengan menjelaskan tujuan utama dia bermain badminton adalah kerana rasa cinta pada sukan itu, demi keluarga dan kariernya.

“Hi Semua, saya ingin menjelaskan bahawa saya bersih, saya tidak terlibat dalam pengaturan perlawanan sepanjang karier badminton saya.

“Jika anda mendengar spekulasi mengenai saya, ia bukan perkara yang benar. Terima Kasih.

“Saya bermain badminton kerana saya cinta pada sukan ini, saya bermain untuk keluarga, isteri, negara dan karier saya. Terima kasih di atas sokongan anda semua.” katanya.

Sebelum ini, Kian Meng yang bergandingan bersama Lai Pei Jing menarik diri daripada Kejohanan Kumamoto Japan Masters yang akan berlangsung bulan depan.

Dalam aksi terakhirnya di Terbuka Denmark menyaksikan cabaran beregu campuran di kedudukan ke-15 dunia itu tersekat di pusingan 16 terbaik selepas disingkirkan oleh wakil dari Korea Selatan, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI