Biskut raya Opah Chik, Opah Su cuma RM6

IPOH – Walaupun harga bahan mentah semakin meningkat, pengusaha Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su mengambil langkah berani apabila menjual biskut raya rahmah berharga RM6.

Khairruni Ahmad Zabidi, 63, yang mengusahakan perniagaan itu bersama kakaknya, Suhairah Ahmad Zabidi, 64, sejak hampir 20 tahun lalu berkata, mereka mula menjual biskut raya dengan harga tersebut sejak tahun lalu.

Menurutnya, terdapat lebih 32 jenis biskut yang ditawarkan antaranya termasuklah semperit, almond London, tart nanas, tart epal, biskut mazola, biskut kacang, biskut nestum dan biskut oat.

Biskut raya rahmah cuma RM6 sebekas
Orang ramai membeli pelbagai jenis Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su dengan harga Rahmah RM6 sebekas walaupun harga bahan mentah semakin meningkat sempena Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan di Jalan Hospital Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 APRIL 2024.

“Persediaan dari segi membeli bahan mentah dan menyediakan adunan biskut akan dilakukannya sendiri bagi menjaga kualiti dan rasa produk berkenaan.

“Kemudian adunan itu dihantar kepada lapan pekerja dalam kalangan ibu tunggal untuk proses menerap dan membakar kuih.

“Kuih raya RM6 sama kualiti dengan yang biasa, tiada kurang atau lebih ramuan, semuanya sama. Biar pelanggan puas hati dan datang balik ke sini kerana dapat menikmati biskut dengan harga murah.

Biskut raya rahmah cuma RM6 sebekas
Pengusaha Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su, Suhairah Ahmad Zabidi, 64, menyusun kuih raya dengan harga Rahmah RM6 sebekas walaupun harga bahan mentah semakin meningkat sempena Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan di Jalan Hospital Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 APRIL 2024.

“Meskipun harga kos bahan mentah seperti tepung, marjerin, gula dan telur naik, saya tetap mengekalkan cara pembuatan biskut raya sama seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairruni berkata, pada tahun ini sebanyak 10,000 bekas biskut raya berharga RM6 akan dijual sama jumlahnya seperti tahun lalu.

“Setakat ini, sudah 5,000 bekas sudah terjual dan petang nanti kami akan tambah lagi 2,000 bekas. Tahun lalu, kami berjaya menghabiskan jualan biskut raya tersebut sebelum Ramadan berakhir.

Biskut raya rahmah cuma RM6 sebekas
Pengusaha Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su, Suhairah Ahmad Zabidi, 64, dan adiknya Khairruni Ahmad Zabidi, 63, mengambil pendekatan apabila menjual kuih raya dengan harga Rahmah RM6 sebekas walaupun harga bahan mentah semakin meningkat sempena Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan di Jalan Hospital Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 APRIL 2024.

“Kami jual kuih raya dengan harga yang murah supaya semua orang dapat merasa dan hanya dengan RM50 pelanggan boleh mendapat hampir 10 jenis kuih raya.

“Ini adalah saham akhirat yang mampu kami buat, InsyaAllah mungkin tahun hadapan kami akan terus menjual kuih raya dengan harga sama,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan Kuih Raya Opah Chik dan Opah Su boleh singgah ke gerai mereka di lot parkir belakang Stesen Minyak Shell, Jalan Hospital di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jualan biskut raya ‘hambar’ meskipun peniaga tawar diskaun

TONTON VIDEO:

MGPerak: Jual Biskut Raya RM6 Sebekas Untuk Cari Saham Akhirat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI