Bomba kenal pasti 7 ‘hot spot’ berisiko kepala air di Perak

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti tujuh lokasi ‘hot spot’ yang berisiko berlakunya fenomena kepala air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) di Perak.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata kawasan itu membabitkan kawasan air terjun dan sungai di negeri ini.

Menurutnya, tujuh lokasi tersebut adalah Sungai Bil, Sungai Dang Lang, Sungai Kampung Ruah Batu 7, Sungai Lata Kinjang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim dan Sungai Trolak.

“Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan memberi nasihat dan berpesan kepada masyarakat umum supaya berhati-hati melibatkan aktiviti di air khususnya melibatkan ancaman kepala air.

“Ini melibatkan situasi masa kini yang mana kita akan memasuki musim MTL dan menerima taburan hujan yang tinggi dari kebiasaan dijangkakan bermula November tahun ini hingga Mac tahun depan.

“Seruan dan pesanan ini bertepatan dengan peranan JBPM selaku urusetia Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Keselamatan Kebakaran yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, petang tadi.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata JBPM turut menerima RM825,000 menerusi Program Community Fire Evacuation Awareness Escape Tent di bawah Inisiatif Bajet 2024.

Program itu diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi kesedaran keselamatan awam dalam komuniti. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI