OKU dikejarkan ke hospital selepas terhidu asap kebakaran

BATU GAJAH – Seorang lelaki kurang upaya (OKU), dikejarkan ke Hospital Batu Gajah selepas terhidu asap dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Pusing Mutiara, di sini, petang Selasa.

Mangsa berusia 38 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.26 petang dan jentera pertama tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut 29 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dibantu BBP Seri Iskandar serta pasukan Bomba Sukarela Pusing bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat berkeluasan 20×70 kaki yang sudah terbakar sebanyak 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa OKU di bilik tingkat atas premis dan mangsa dibawa turun dengan selamat oleh pasukan bomba yang bertugas.

“Mangsa terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kerja pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan dua aliran 100 kaki dua pancutan dan satu hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba Batu Gajah Mohd Norshah Shahri itu tamat pada jam 7.02 malam. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Bomba kenal pasti 7 ‘hot spot’ berisiko kepala air di Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI