Bot karam dibadai ribut, seorang pemancing dikhuatiri lemas

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama seorang lagi rakannya karam dibadai ribut dalam kejadian di Empangan Chenderoh di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.32 petang yang memaklumkan bahawa terdapat kejadian lemas di Empangan Chenderoh.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian di Kampung Chenderoh, Kuala Kangsar.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi pada jam 6.05 petang didapati benar berlakunya sebuah bot karam akibat dibadai ribut sewaktu melakukan aktiviti memancing.

“Terdapat dua mangsa terlibat dan seorang berusia 41 tahun berjaya diselamatkan pemancing lain yang berada berdekatan dengan mangsa, namun seorang lagi dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Artikel Berkaitan:

Pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Perak

Mayat lelaki lemas ketika memancing ditemui tersangkut

Ahmad Izuwan berkata, penilaian risiko dilakukan di lokasi tempat kejadian sebelum anggota diarahkan untuk menjalankan carian di permukaan sungai dan pemantauan di lokasi mangsa tenggelam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca gelap dan akan disambung esok, pada jam 8 pagi.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berada di lokasi kejadian untuk sebarang kemungkinan.

“Kita juga dibantu oleh lima anggota PPDA dan BBP Lenggong selain pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain agensi,” katanya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI