Pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Perak

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki, dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya sewaktu memancing di Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Jarau, Kati di sini pada Khamis.

Mangsa, Muhammad Faiz Azan, 33, dikatakan terjatuh selepas bot yang dinaikinya bersama dua lagi lelaki melanggar batu di tengah sungai sebelum dia terjatuh dan dihanyutkan arus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 9.51 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki yang dipercayai lemas akibat terjatuh daripada bot semasa aktiviti memancing di lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat kemudiannya membuka Pusat Gerakan Operasi (PGO) berhampiran lokasi kejadian pada Khamis malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Lemas Sungai Perak, Bomba
Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Jarau, Kati di Kuala Kangsar. Foto ihsan JBPM, 27 OKTOBER 2023.

Mengulas lanjut beliau berkata, operasi pencarian diteruskan pada jam 8 pagi pada Jumaat melibatkan kawasan pencarian sepanjang satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

“Kita menggunakan kaedah surface searching serta follow the stream oleh agensi-agensi terlibat yang dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil.

“Selain itu, Komander Operasi turut membuat permohonan kebenaran menyelam dan bot aluminium 60 kuasa kuda memandangkan arus deras dan ia diuruskan oleh PGO serta bantuan daripada BBP Sungai Siput,” katanya.

Beliau berkata, seramai 55 orang anggota dan pegawai terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat membabitkan JBPM, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam.

Sebanyak 18 bot dan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan dalam operasi tersebut dan operasi diketuai Komander Operasi, PBK Shamsul Razman Abd Halim. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Bakal graduan UPSI ditemui lemas selepas disyaki hilang

Wanita warga emas maut terjatuh ketika memancing

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI