SAR lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak diteruskan hari kedua

KUALA KANGSAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Faiz Azam, 33, yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya sewaktu memancing di Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Jarau, Kati di sini, diteruskan pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pencarian mangsa yang memasuki hari kedua disambung pada jam 9 pagi melibatkan 48 anggota penyelamat dan orang awam.

Menurut Sabarodzi, pencarian mangsa diteruskan dengan kaedah pencarian di permukaan dari lokasi pusat kawalan bomba (PKB) sehingga ke Jeti Kuala Kangsar dalam radius 12 kilometer (KM).

“Sementara itu, unit anjing pengesan K9 pula akan tertumpu pada lokasi mangsa dikatakan terjatuh daripada bot.

“Pencarian melalui Sungai Perak juga akan dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit menghala ke arah hulu sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 12 bot melibatkan dua buah bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebuah bot milik Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM), sebuah bot milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lapan buah bot milik orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu MG Perak melaporkan, seorang lelaki, dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya sewaktu memancing di Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Jarau, Kati di sini pada Khamis.

Mangsa, dikatakan terjatuh selepas bot yang dinaikinya bersama dua lagi lelaki melanggar batu di tengah sungai sebelum dia terjatuh dan dihanyutkan arus. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI