Bakal graduan UPSI ditemui lemas selepas disyaki hilang

LENGGONG – Seorang lelaki yang disyaki hilang sejak Selasa di temui lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Sapi, di sini, pada Rabu.

Mangsa, Saiful Azhar Mohd Azhari, 27, yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan orang awam pada awal pagi Rabu.

Difahamkan mangsa, disedari hilang selepas motosikal miliknya ditemui ditinggalkan berhampiran Jambatan Bukit Sapi, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.35 pagi bahawa terdapat seorang lelaki disyaki hilang sejak Selasa.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong kemudiannya bergegas ke Kampung Bukit Sapi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 8.50 pagi.

“Kami menerima maklumat daripada pihak polis bahawa terdapat seorang lelaki Melayu disyaki hilang sejak semalam dan diminta untuk melakukan pencarian mangsa pada hari ini.

“Semasa pihak bomba baru memulakan pencarian, kami menerima maklumat yang mangsa telah dijumpai oleh orang awam di tepi sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian tersangkut di dahan pokok berhampiran sungai berkenaan.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari ditamatkan pada jam 9.50 pagi,” katanya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI