Meskipun kehadiran orang ramai dilihat semakin merosot, namun penganjuran Hari Bertemu Pelanggan (HBP) tetap diteruskan sebagai komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka secara langsung.
Perak menggesa Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah kekurangan bekalan air di kawasan terssebut berulang setiap kali cuaca panas melanda.
Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar utama durian di Malaysia apabila mencatat pengeluaran mencecah 59,217.3 tan metrik dengan nilai jualan sebanyak RM462.28 juta mengikut Banci Pertanian 2024.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis lantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula Ogos ini.
Rakyat di Negeri Perak dinasihatkan untuk tidak terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan pembangkang dengan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur.
Seorang wanita warga Indonesia bertindak melarikan diri meninggalkan suami dan dua anak lelak yang sedang tidur selepas tempat tinggal mereka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu awal pagi Sabtu.
Kerajaan Negeri Perak mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang sedang berlaku ketika ini.
Semua 281 institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menggunakan Buku Panduan Pelaksanaan Amalan Hijau TVET@KKDW.