Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ada antara aduan yang diterima berjaya diselesaikan pada hari sama, sementara terdapat aduan yang memerlukan tempoh masa bagi tindakan lanjut jabatan atau agensi berkaitan.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun di atas kertas parti itu dilihat mampu mempertahankan kerusi berkenaan, namun gerak kerja jentera parti perlu digerakkan dalam mendekati pengundi daripada pelbagai golongan.
Inisiatif Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai penganjur utama program Sains, Teknologi, Agrikultur dan Landskap Ekspo (STARTLE 2025) secara tidak langsung membuktikan peranannya sebagai hab inovasi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun nilai pelaburan itu sama berbanding sebelum ini, namun perkhidmatannya telah ditambah baik.
Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, perbincangan itu dijangka akan meliputi prasarana serta lokasi yang sesuai untuk golongan tersebut mengadakan latihan dengan lebih selesa.
Warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) atau BAS.MY di ibu negeri terpilih perlu membayar tambang pada kadar biasa tanpa subsidi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanifah berkata, ia bagi mengelakkan insiden hampir 40 pasukan bola sepak yang dilapor ditipu penganjur kejohanan bola sepak di sini Sabtu lalu berulang.
Kementerian Pengangkutan menafikan kematian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) buta yang terjatuh di stesen transit aliran ringan (LRT) Titiwangsa, di Kuala Lumpur Sabtu lalu berpunca daripada kegagalan sistem.
Larut, Matang & Selama (LMS) FA muncul juara Liga Perak Sejahtera Piala Menteri Besar Perak 2024/2025 selepas menewaskan Kerian FA dalam perlawanan berlangsung di Padang Astaka Bunga Raya Majlis Daerah Lenggong, malam tadi.
Perak bersedia menjadi peneraju ekonomi biru di negara ini melalui kekayaan sumber sedia ada dalam sektor perikanan, pelancongan maritim, tenaga boleh diperbaharui, dan bioteknologi marin.