Kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk warga asing dan kanak-kanak yang bertindak melakukan kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan berjumlah RM40 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan penurapan semula jalan raya melibatkan hampir 800 jalan di kawasan perumahan di seluruh Perak.
Perak tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pelancong termasuk yang berkunjung ke kawasan kawasan bukit dan gua batu kapur di sekitar Geopark Lembah Kinta dalam usaha memperkukuhkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, gerai jualan makanan dan minuman serta pertunjukan bunga api penuh warna-warni bagi menyambut tahun baharu
Seramai 100 pelajar daripada golongan asnaf akan manfaat menerusi Program ‘Community Education Network (CEN) 2026: Ar-Rahman Wakaf Ilmu – Back to School for Asnaf’ yang akan dianjurkan di Taj International College (TIC), di sini, pada 3 Januari depan.
Kerajaan Negeri Perak komited dalam menangani isu haiwan jalanan khususnya anjing dan kucing secara menyeluruh serta bagi jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif berterusan.
Hobbitoon Village salah satu tarikan pelancongan popular yang terletak di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands disahkan telah ditutup buat sementara waktu sejak beberapa bulan lalu.
Punten sejenis makanan tradisi masyarakat Jawa yang terkenal pada satu masa dahulu sebagai bekalan pesawah kerana sifatnya yang tahan lama menjadi inspirasi kepada penubuhan Punten N Coffee, sebuah kafe yang terletak di tepi bendang dekat Seberang Perak, Kampung Gajah di sini.