Dua OKU tekad ubah nasib diri, keluarga

IPOH – Dua peserta orang kurang upaya (OKU) yang mengikuti Kursus Refleksologi dan Urutan di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A), anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), tekad untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Mohamad Fauzi Aziz, 45, yang juga seorang peserta OKU pendengaran berkata dia amat bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti kursus ini.

Dia yang mempunyai pengalaman dalam urutan selama 10 tahun itu baru berjinak-jinak mempelajari bidang refleksologi sejak mengikuti kursus tersebut.

“Saya memang nak sangat masuk kursus ini dan bersyukur kerana terpilih. Bila saya masuk, bimbingan daripada penyedia latihan dan sumbangan peralatan (urutan dan refloksologi) diberikan kepada saya untuk memulakan perniagaan.

“Jadi, saya ada semangat untuk urut (pelanggan) dan tiada tekanan. Saya juga rasa nak buka perniagaan sendiri kerana sebelum ini buat saya hanya mengurut secara sambilan di rumah.

“Dulu saya nak pergi rumah orang (mengurut) duduk bawah sakit sebab badan besar tapi bila sudah dapat peralatan saya akan gunakan dan tidak akan sia-siakan,” katanya.

Mohamad Fauzi berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Kursus Refleksologi dan Urutan Proper A dan majlis penyerahan peralatan bantuan perniagaan kepada 30 peserta di Hotel M Roof, di sini, pada Selasa.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, selepas tamat kursus dia akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarganya.

Dua OKU tekad ubah nasib diri, keluarga
Peserta OKU pendengaran, Mohamad Fauzi Aziz yang ditemui selepas pelancaran produk perkhidmatan Kursus Refleksologi dan Urutan Proper A serta majlis penyerahan peralatan bantuan perniagaan kepada 30 peserta di Hotel M Roof, di sini, semalam.

Seorang lagi peserta yang juga OKU penglihatan, Khairruddin Mazli, 32, berkata, kekurangannya bukan penghalang untuk dia menambah ilmu dalam bidang urutan dan refleksologi melalui kursus berkenaan.

Dia yang hilang penglihatan ketika berusia 20 tahun akibat glaukoma, pernah menerima bimbingan sebelum ini di dalam bidang yang sama daripada Persatuan Orang Buta.

“Kali ini saya belajar teknik urut dan dapat tahu kalau ada sakit bahagian apa, titik apa yang kita perlu tumpukan,” jelasnya.

Khairruddin berkata melalui bimbingan yang diberikan dia berharap dapat menambah punca rezekinya untuk menampung kehidupan harian.

Seramai 30 peserta terdiri daripada 18 wanita dan 12 lelaki daripada golongan asnaf terpilih untuk menjalani kursus tersebut yang bermula dari Julai hingga Disember ini.

Daripada jumlah itu, dua daripadanya OKU manakala lapan lagi adalah ibu tunggal.

MAIPk memperuntukkan RM288,540 dengan setiap peserta akan diberikan RM9,000 meliputi pembiayaan kursus dan pembekalan barangan modal perniagaan serta elaun RM500 sebulan sepanjang tempoh enam bulan. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

MAIPk lahirkan lebih 400 usahawan menerusi Proper A

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI