Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh kanak-kanak perempuan

TAIPING – Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini minggu lalu.

Tertuduh, M Satis Kumar, 27 (bapa tiri); M Savathri, 28 (ibu kandung);
S C Veeraletchumy, 53 (nenek tiri); dan M Murali, 49 (datuk tiri), hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R Prabakaran.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka secara berasingan didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Thanavitha, 9, di sebuah rumah di Taman Sungai Mas dalam Daerah Larut Matang dan Selama pada waktu pagi, 26 Mac 2026.

Bagi perbuatan itu, keempat-empat tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh kanak-kanak perempuan
Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini, minggu lalu. Foto Syakir Yusof

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farihah Adilah Fazial manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding itu turut dihadiri peguam pemerhati lantikan saudara jauh mangsa iaitu Dinesh Muthal, Devaneson Ganesan dan Low Tze Ken.

Terdahulu, Farihah memohon supaya tiada jaminan diberikan kerpada keempat-empat tertuduh memandangkan ia adalah kes serius.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA) dan tiada jaminan dibenarkan.

Sementara itu, Dinesh ketika ditemui di luar mahkamah berkata, mangsa sebelum ini tidak tinggal bersama Savathri sejak berumur tiga tahun namun hanya tinggal bersama semula sejak tiga bulan lalu.

Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh kanak-kanak perempuan
Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini, minggu lalu. Foto Syakir Yusof

Menurutnya, sebelum ini mangsa tinggal dan dijaga oleh saudara jauh dari keluarga sebelah Savathri sebelum dia menuntut semula penjagaan kanak-kanak itu beberapa bulan lalu.

Katanya, Thanavitha adalah anak kandung Savathri hasil perkongsian hidup dengan suami pertama sebelum ini manakala Satis Kumar adalah suami Savathri bagi perkahwinan kali ketiganya.

Dalam pada itu, saudara jauh mangsa diihat berkumpul di perkarangan mahkamah sambil membawa gambar mangsa.

Ketika keempat-empat tertuduh dibawa masuk ke mahkamah kedengaran saudara jauh terbabit dipercayai bertindak memarahi mereka dalam bahasa Tamil.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping pada 26 Mac lalu dipercayai mangsa penderaan dengan beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badannya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa berusia lapan tahun sembilan bulan itu daripada pegawai perubatan hospital berkenaan.

Katanya, keputusan bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakan objek tumpul. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, empat ahli keluarga ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI