Fakulti AI jadi wadah kesediaan Malaysia kepada perkembangan teknologi

LUMUT – Perasmian penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pada 10 Mei nanti bakal menjadi ‘showcase’ atau wadah dalam menunjukkan kesediaan Malaysia terhadap perkembangan teknologi itu kepada dunia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia juga akan memperlihatkan Malaysia telah bersedia untuk membina ekosistem AI secara keseluruhannya.

Katanya, acara yang akan berlangsung di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu dijangka disertai 45 pempamer daripada syarikat-syarikat teknologi terkemuka dunia seperti Microsoft, Advanced Micro Devices (AMD) dan Nvidia.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Fakulti Kecerdasan Buatan AI wadah kesediaan Malaysia kepada perkembangan teknologi Lumut Manjung
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika sidang media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

“Kita tidak mahu ketinggalan dalam bidang teknologi AI kerana jangkaan dalam tempoh lima tahun ini akan berlaku perubahan besar dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan yang mana ia akan ditandai oleh AI.

“Kita juga akan pastikan bahawa Malaysia turut berada dengan negara-negara lain dalam persaingan AI ini.

“Ini kerana, kita mempunyai kepakaran-kepakaran dalam bidang ini, dan kita dapat kumpulkan pakar-pakar dalam negara kita untuk duduk bersama dan menggerakkan agenda AI ini untuk Malaysia,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Fakulti kementerian Kecerdasan Buatan AI wadah kesediaan Malaysia kepada perkembangan teknologi Lumut Manjung
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, dekat sini, pada Ahad.

Pada Sabtu, Zambry dilaporkan berkata Fakulti AI yang pertama di negara ini akan dirasmikan pada 10 Mei di WTCKL dan dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, walaupun usaha itu digerakkan oleh KPT, namun ia turut akan diteruskan kementerian-kementerian lain dalam menjayakan agenda negara itu termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Ekonomi dan sebagainya.

“Dunia kini berhadapan dengan satu perubahan teknologi kecerdasan yang begitu pantas, dan Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam aspek ini berdasarkan kepada peluang-peluang pelaburan yang akan masuk ke dalam negara,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Zambry berkata, seramai 45,000 tenaga mahir dijangka dilahirkan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dalam tempoh lima tahun susulan pelaburan pengumuman nilai pelaburan RM10.5 bilion oleh Microsoft baru-baru ini.

Menurut beliau, jumlah itu bagaimanapun dijangka mengalami peningkatan dari semasa ke semasa sebagai memenuhi bilangan tenaga mahir dalam sektor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (E&E).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika sidang media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

“Pada peringkat awal, berdasarkan kepada permintaan dan dalam tempoh setahun, inisiatif itu mungkin mampu melahirkan lebih 1,000 penuntut kumpulan pertama tenaga mahir,” ujarnya lagi

“Namun begitu, sekali lagi ditekankan bahawa ia hanya jangkaan awal yang mana dalam masa sama ia akan berlaku peningkatan susulan langkah Perdana Menteri dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara kita,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jelajah Semarak Ramadan: Zambry santuni 700 warga UPSI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI