Jelajah Semarak Ramadan: Zambry santuni 700 warga UPSI

TANJUNG MALIM – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyantuni lebih 700 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas menunaikan solat tarawih dan aktiviti moreh di Masjid Al-Mursyidin, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, dekat sini, pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, UPSI memaklumkan, lawatan Zambry itu sebahagian daripada program beliau iaitu Jelajah Semarak Ramadan ke Institusi Pendidikan Tinggi seluruh negara.

Katanya, Zambry meluangkan masa lebih dua jam menyantuni warga UPSI termasuk empat pelajar mobiliti antarabangsa dari Uzbekistan dan Hungary.

“Majlis anjuran Pusat Islam UPSI itu turut dihadiri Presiden Geely Talent Development Group (GTDG), Dr Lu Dan, dan Timbalan Presiden Geely Talent Development Group, Dr Zoe Che yang juga merupakan Presiden Xinwei Edutech.

“Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata majlis itu juga memberi kesempatan kepada warga universiti untuk saling mengukuhkan silaturahim sempena Ramadan selain bertemu kepimpinan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Di samping itu, kenyataan itu turut memaklumkan, Zambry turut menghadiri majlis penyampaian sumbangan Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) kepada Kolej Aminuddin Baki UPSI, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Pusat Islam.

Menurutnya lagi, Zambry juga menyaksikan penyampaian Bantuan Duit Raya Tabung UPSI Prihatin (TUP) oleh Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia UPSI kepada warga universiti itu yang kurang bernasib baik

“Jelajah Semarak Ramadan ini akan diteruskan ke kampus seterusnya selepas ini termasuk di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) dan Politeknik seluruh negara sehinggalah berakhirnya Ramadan,” katanya lagi.

Majlis itu turut dihadiri Pro Canselor, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah serta Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Holding, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI, WoR meterai MoU majukan pendidikan robotik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI