Gerik Megatrails disasar jadi acara antarabangsa pelancongan sukan lasak

GERIK – Program Gerik Megatrails 2025 yang melibatkan penyertaan pacuan empat roda (4×4) dan motocross ini menjadi antara tarikan pelancongan utama khususnya bagi peminat sukan lasak untuk berkunjung ke daerah Hulu Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program kali kedua ini adalah hasil kerjasama strategik Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Kelab Pacuan Empat Roda Rimba Bara Gerik.

Menurutnya, program tersebut mencatatkan penyertaan 190 kenderaan 4×4 dan lebih 700 peserta motocross dari seluruh negara, termasuk dari Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis serta dari negara jiran, Thailand.

“Program ini dilihat sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan kekayaan alam semula jadi Gerik yang menjadi identiti utama daerah Hulu Perak, khususnya kawasan Royal Belum yang terkenal dengan khazanah flora dan fauna.

Gerik Megatrails disasar jadi acara antarabangsa pelancongan sukan lasak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed memandu kenderaan pacuan empat roda pada Majlis Perasmian dan Pelepasan Program Gerik Megatrails Tahun 2025 di Lapangan Terbang Gerik, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2025.

“Laluan yang disediakan mencabar, merentasi gunung-ganang dan hutan tebal, namun menawarkan pengalaman unik kepada peserta untuk menikmati keindahan semula jadi yang sukar ditemui di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan upacara Perasmian dan Pelepasan Program Gerik Megatrails 2025 di Lapangan Terbang Gerik, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Yang Dipertua MDG, Mohamad Fitri Hassan.

Dalam pada itu, Salbiah memaklumkan keseluruhan laluan pada program ini merangkumi perjalanan sejauh 200 kilometer melalui Hutan Simpan Temengor hingga ke Pengkalan Hulu, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk merakam pelbagai lokasi menarik sebagai kenangan.

Gerik Megatrails disasar jadi acara antarabangsa pelancongan sukan lasak
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika acara Pelepasan Program Gerik Megatrails Tahun 2025 di Lapangan Terbang Gerik, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2025.

Katanya, program ini memasuki fasa permulaan versi 2.0 dan pihak pentadbiran bercadang melakukan beberapa penambah baik agar program ini dapat dikembangkan sebagai produk pelancongan rasmi negeri.

“Untuk menjayakan hasrat ini, sokongan daripada kerajaan negeri amat diperlukan supaya program ini boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi dan sekali gus dapat menggamit pelancong dari dalam serta luar negara,” ujarnya.

Tambahnya, program itu bukan sahaja berpotensi meningkatkan sektor pelancongan tempatan, malah mampu membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat khususnya di daerah Hulu Perak.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya, persembahan artis, Battle of The Band Jualan Rahmah (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Gerik Race 10km dan gerai jualan sepanjang program itu berlangsung bermula dari 9 hingga 12 Mei ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak teruskan penganjuran Rimba Raid sehingga 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI