Guna sijil halal tamat tempoh sejak 2008

TAIPING – Sebuah premis memproses makanan ringan di Kawasan Perusahaan Ringan Tupai di sini, dikesan beroperasi menggunakan sijil halal tamat tempoh kira-kira 16 tahun lalu.

Perkara itu dikesan dalam pemeriksaan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Taiping sekitar jam 2.30 petang semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, menerusi pemeriksaan tersebut, pihaknya telah menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang ditandakan dengan logo halal tidak sah dan digunakan untuk tujuan perdagangan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk dikeluarkan premis itu tamat tempoh pada 2008, namun masih digunakan pada paket pembungkusan produk keluarannya.

“Sehubungan itu, pasukan pegawai KPDN Taiping telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua 208 unit produk makanan tersebut berserta label produk dan beberapa dokumen berkaitan.

“Kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,533,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Peraturan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Salted Egg Salmon Skin guna logo halal tidak sah dirampas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI