Ibu, anak OKU ditemukan rentung dalam kebakaran pondok kebun

GERIK – Seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan rentung selepas terbabit dalam kebakaran pondok di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, dekat sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian kebakaran pondok pada jam 7.38 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pihak polis memaklumkan terdapat dua mangsa dikhuatiri berada di dalam pondok berkenaan.

Rentung ibu anak perempuan pondok terbakar kebun kebakaran Gerik pondok Perak
Dua mangsa ditemukan rentung dalam kebakaran pondok di Gerik. foto IHSAN JBPM PERAK

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah pondok kelas c musnah terbakar 95 peratus.

“Bagaimanapun, pasukan penyelamat mendapati api telah padam sebelum di lokasi kejadian.

“Terdapat dua mangsa perempuan iaitu, mangsa pertama berumur 76 tahun dan seorang lagi mangsa berumur 43 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujar Sayani, operasi berkenaan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamarul Ariffin Abd Ghani.

Identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu van rentung, dirempuh lori ketika menunggu pekerja

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI