Ibu muda dituduh buat laporan palsu kecurian wang

TELUK INTAN – Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memberi maklumat palsu kepada anggota polis berkaitan kes kecurian wang, tiga minggu lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffudin.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun itu didakwa telah memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu kepada pegawai penyiasat berkaitan kecurian wang berjumlah RM600.

Perbuatannya itu telah menyebabkan bencana di mana anggota polis berkenaan menjalankan siasatan terhadap rakan sekerjanya iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun yang dituduh mengambil wang milik pengadu.

Pekerja kedai makan itu, didakwa melakukan perbuatan berkenaan di pejabat pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada jam 12 tengah hari, 10 September 2024.

Ekoran itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan kemudiannya mencadangkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Faustina Francais yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya itu kini tidak bekerja dan mempunyai anak kecil berusia setahun.

Norhamizah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Hakim turut menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak tertuduh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, tertuduh yang dibawa keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi anggota polis sekitar pukul 10.56 pagi dilihat menangis sambil menutup muka dengan tangan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki pakai baju Telekom dicekup polis, curi kad sistem TM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI