Imigresen Perak tahan 29 warga asing

IPOH – Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 29 warga asing dan seorang individu tempatan di dua lokasi di sini iaitu di sebuah rumah kongsi dan bengkel kenderaan, pada Khamis.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan risikan itu digerakkan 26 pegawai imigresen bersama Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya, dalam serbuan itu, daripada 100 warga asing diperiksa, sebahagian mereka ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah akta dan peraturan-peraturan imigresen.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 12 lelaki warga Bangladesh; enam lelaki dan dua perempuan (Indonesia); sembilan lelaki (Myanmar), dan seorang lelaki warga Malaysia.

“Kesemua mereka berusia antara 17 sehingga 53 tahun ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Meor Hezbullah, antara kesalahan dikesan adalah berada dalam negara tanpa pas sah, tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Justeru beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 15(1) (c) serta dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

JIM Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara ini.

“Selain itu, JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji, atau melindungi PATI atau membenarkan PATI berada di dalam premis masing-masing tanpa permit yang sah termasuk pendakwaan di mahkamah,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresesn Perak tahan 28 PATI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI