Insiden kibar bendera China: Kertas siasatan dirujuk Bukit Aman

IPOH – Kertas siasatan berhubung insiden mengibarkan bendera China sewaktu perarakan yang diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya sedang menunggu arahan untuk tindakan susulan sama ada untuk menambah bukti atau terus membuat pertuduhan sebelum kertas siasatan tersebut dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurutnya, kesemua 16 orang warga China melibatkan lapan lelaki dan lapan wanita berusia antara 40 hingga 61 tahun sudah selesai diambil keterangan.

“Kesemua warga China terbabit masih berada dalam negara dan memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai menghadiri Mesyuarat Isu Keselamatan Negeri Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Azizi berkata, setakat ini polis telah menerima 61 laporan berhubung perarakan tersebut.

Khamis lalu, satu perarakan yang berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu berlangsung di Dataran Menara Condong Teluk Intan dari jam 8 hingga 11.30 malam tadi dan disertai kira-kira 400. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis terima 16 laporan susulan kibar bendera China

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI