Jahit baju labuci sendiri, stail M Daud Kilau tiada tandingan

BAGAN DATUK – Pemergian penyanyi legenda tanah air, Datuk M Daud Kilau disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam industri muzik tanah air.

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, stail dan penampilan pelantun lagu Cek Mek Molek itu pastinya tiada tandingan.

“Sudah banyak kali kami menyanyi dan sepentas bersama. Semasa aktif, arwah suka menjahit baju labuci yang dipakainya, walaupun ketika berada di belakang pentas.

“Malah, ketika ingin melakukan persembahan, beliau akan siapkan juga baju yang ingin dipakai.

“Walaupun beliau boleh saja gayakan baju labuci lain, namun demi menghiburkan peminat beliau komited memberikan yang terbaik,” katanya.

Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Bagan Datuk Bagan Datuk
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave ketika sesi temu bual apabila hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi, di sini, pada Selasa.

M Daud antara kira-kira 400 orang jemaah yang hadir memberi penghormatan terakhir dan menyertai solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Zulfadil Ismail.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, walaupun jarak usianya dengan Allahyarham adalah 10 tahun namun, M Daud tidak lokek untuk berkongsi nasihat terutama dalam bab penjagaan makanan.

Datuk DJ Dave M Bagan Datuk Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.

“Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham sekitar tahun ini. Ketika itu beliau sudah berada dalam keadaan tidak sihat.

“Di samping itu, pihak kami, YKAT telah memberi sumbangan berjumlah RM500 kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya dalam industri seni sejak tiga tahun lalu,” ujarnya lagi.

M Daud Kilau atau nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu meninggal dunia sekitar jam 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah.

Keadaan kesihatanya dilaporkan tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada Selasa minggu lalu.

Allahyarham meninggal balu iaitu Datin Rohani Awang Ngah dan dua orang anak. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jenazah M Daud Kilau selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI