Jenazah M Daud Kilau selamat dikebumikan

BAGAN DATUK – Jenazah penyanyi legenda tanah air, Datuk M Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, di sini, pada Selasa.

Lebih 200 dalam kalangan ahli keluarga,sahabat handai serta penduduk setempat hadir ketika jenazah selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah, penyanyi veteran Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk DJ Dave.

Terdahulu, jenazah pelantun lagu Cek Mek Molek itu disolatkan di Masjid Tuminah Hamidi, yang terletak kira-kira 6 kilometer (km) dari tanah perkuburan.

Ahli keluarga menaburkan bunga ke atas pusara Allahyarham Datuk M Daud Kilau, setelah selesai kebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.

Kira-kira 400 orang jemaah menyertai solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Zulfadil Ismail.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu meninggal dunia sekitar jam 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah.

Keadaan kesihatanya dilaporkan tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada Selasa minggu lalu.

Penduduk kampung mengendali pengebumian jenazah Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.

Allahyarham meninggal balu iaitu Datin Rohani Awang Ngah dan dua orang anak.

M Daud Kilau yang dilahirkan pada 10 Julai 1938 mula bergiat aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada tahun 1968.

Beliau terkenal dengan julukan Raja Gelek itu sentiasa mempamerkan aski persembahan unik di pentas termasuk gimik menukar pakaian berkilau yang berlapis-lapis.

Pelantun lagu malar segar Joget Orang Bertunang dan Gila Judi itu telah menghasilkan pelbagai lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Datuk DJ Dave M Bagan Datuk Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud Datuk DJ Dave M Daud Kilau stail gaya meninggal dunia M Daud
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.

Allahyarham M Daud pernah dikurniakan Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Perak pada tahun 1991.

Sebelum ini media melaporkan Allahyarham pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.

Kesihatanya terjejas sejak tujuh tahun lalu selain menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama selain kebas kaki, tangan dan sakit pinggang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saya akan rindu nyanyian Cek Mek Molek atok’ -Cucu M Daud Kilau

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI