‘Saya akan rindu nyanyian Cek Mek Molek atok’ -Cucu M Daud Kilau

BAGAN DATUK – Cucu kepada Allahyarham Datuk M Daud Kilau akan merindui dendangan lagu Cek Mek Molek yang sering dinyanyikan penyanyi legenda tanah air kepadanya melalui panggilan telefon sebelum ini.

Norhasliyana Hassan, 33, berkata datuknya itu disifatkan sebagai individu yang amat menyayangi kesemua sembilan cucu dan dua cicitnya.

“Pada sepanjang hayatnya, atok tidak kisah jika kami buat bising ketika di rumah, malah beliau tidak pernah memarahi kami.

“Saya akan merinduinya kerana ketika beliau masih sihat, atok selalu telefon dan bertanyakan khabar kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Tuminah Hamidi, dekat sini, pada Selasa.

Norhasliyana berkata, arwah juga sudah kurang untuk senyum seperti kebiasaan selepas tahap kesihatannya merosot sejak Mac lalu.

Katanya, dia sekeluarga ada merancang untuk membawa M Daud untuk mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur, namun hajat itu tidak kesampaian apabila insan tercintanya itu menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin.

“Atok kerap keluar masuk hospital yang mana tahap kesihatannya juga makin merosot. Kami reda atas pemergiannya, atok pula sudah ‘tidak sakit’ selepas ini. Malah atok pergi dalam keadaan cukup sifat.

“Atok sepatutnya menjalani rawatan pemotongan kedua-dua belah kaki untuk penyakit kencing manis yang dihadipinya, namun ALLAH maha mengetahui,” ujarnya.

M Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau meninggal dunia sekitar jam 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan

Jenazah M Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI