Jenazah M Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi

BAGAN DATUK – Jenazah Datuk M Daud kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi, di sini pada jam 9.17 pagi tadi bagi urusan solat jenazah.

Anak kedua pelantun lagu Cek Mek Molek itu, Ahmad Zaini Muhammad Daud berkata, jenazah arwah bapanya itu di bawa ke masjid berkenaan bagi memberi laluan kepada orang ramai yang mahu menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Menurut Ahmad Zaini, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh berdekatan kediaman arwah selepas solat Zohor, hari ini.

Terdahulu media melaporkan M Daud kilau menghembuskan nafas di Hospitak Teluk Intan sekitar jam 4.30 petang semalam selepas kesihatannya merosot sejak seminggu lalu.

Anaknya, Noraini, 58, berkata, bapanya itu dikejarkan ke hospital selepas tahap penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin teruk.

“Keadaan kesihatannya sejak Selasa memang semakin teruk yang mana doktor memberitahu kuman telah merebak pada bahagian kakinya.

“Sepanjang berada di hospital arwah memang bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya.

M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau sebelum ini dilaporkan berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan.

Penyanyi berusia 85 tahun itu pada Mei lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan gara-gara masalah sesak nafas.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968.

Susulan kemenangan itu, pelantun lagu Cek Mek Molek itu menjadi artis rakaman,menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.

Beliau dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk sebagai menghargai jasanya dalam dunia seni tanah air. -MG Perak.

Artikel Berkaitan: 

M Daud Kilau tidak sedarkan diri sejak semalam

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI