Jualan tempoyak raih untung hingga RM7,000 semusim

TANJUNG MALIM – Penghasilan tempoyak bukan sahaja membantu mengurangkan lambakan durian ketika musim pengeluaran, malah mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya dengan keuntungan mencecah hingga RM7,000 bagi setiap musim.

Pengusaha produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong, 63, berkata, perusahaan yang bermula sejak enam tahun lalu di Jalan Sungai Klah, Sungkai di sini, menjadi alternatif terbaik dan menguntungkan dalam memanfaatkan lambakan buah durian segar yang tidak terjual di pasaran.

Pesara guru itu berkata, pada sepanjang musim raja buah berkenaan, dia mampu menghasilkan kira-kira 10 kilogram tempoyak dalam sehari dengan hasil buahnya diambil dari kebun durian yang diusahakan.

Jualan tempoyak untung RM7,000 semusim Keyphrase Synonyms Keuntungan tempoyak semusim, pengusaha tempoyak raih pendapatan lumayan, perniagaan tempoyak menguntungkan, tempoyak bantu kurangkan lambakan durian, produk hiliran durian Related Keyphrase Lambakan durian di Malaysia Pengusaha tempoyak di Perak Produk hiliran berasaskan durian Pes durian dan tempoyak Perniagaan tempoyak menguntungkan
Temubual pengusaha produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong, 63, di Jalan Sungai Klah, Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF 04 JULAI 2026.

“Anggaran nilai keuntungan untuk tempoyak sahaja sekitar RM3,000 hingga RM7,000 bagi semusim dengan pengeluarannya boleh mencecah sehingga 300 kilogram sebulan, namun nilai keuntungan masih bergantung kepada permintaan.

“Dan tempoyak yang saya hasilkan ini bukan daripada isi durian yang rosak. Isinya masih elok, cuma buahnya sudah lama atau cepat merekah, jadi saya proses menjadi tempoyak.

“Setiap hari ketika musim durian memang kerja saya menghasilkan tempoyak kerana bekalan buah yang sesuai untuk diproses itu sentiasa ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Sungai Klah, Sungkai, di sini, pada Sabtu.

Tambah Rosni, tempoyak yang dihasilkan dijual pada harga RM10 bagi bekas seberat 500 gram manakala bekas 1 kilogram pula dijual pada harga RM20.

Jualan tempoyak untung RM7,000 semusim Keyphrase Synonyms Keuntungan tempoyak semusim, pengusaha tempoyak raih pendapatan lumayan, perniagaan tempoyak menguntungkan, tempoyak bantu kurangkan lambakan durian, produk hiliran durian Related Keyphrase Lambakan durian di Malaysia Pengusaha tempoyak di Perak Produk hiliran berasaskan durian Pes durian dan tempoyak Perniagaan tempoyak menguntungkan
Produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong di Jalan Sungai Klah, Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF 04 JULAI 2026.

Menurutnya, pelanggan terdiri daripada penduduk kampung dan pengusaha kedai makan di kawasan sekitar, kenalan termasuk ada yang menetap di Kuala Lumpur,  serta institusi pendidikan seperti pusat tahfiz berhampiran yang menggunakan tempoyak dalam kuantiti yang banyak dalam masakan.

Ujar Rosni lagi, selain tempoyak, dia turut menghasilkan pes durian atau isi durian yang mana ia juga turut mendapat permintaan tinggi kerana lebih mudah digunakan dalam penyediaan pelbagai juadah.

Jualan tempoyak untung RM7,000 semusim Keyphrase Synonyms Keuntungan tempoyak semusim, pengusaha tempoyak raih pendapatan lumayan, perniagaan tempoyak menguntungkan, tempoyak bantu kurangkan lambakan durian, produk hiliran durian Related Keyphrase Lambakan durian di Malaysia Pengusaha tempoyak di Perak Produk hiliran berasaskan durian Pes durian dan tempoyak Perniagaan tempoyak menguntungkan
Pengusaha produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong, 63, menunjukkan proses membuat tempoyak di Jalan Sungai Klah, Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF 04 JULAI 2026.

“Apabila harga durian tidak menentu di pasaran, saya juga jadikan isi durian sebagai pes. Ada pelanggan membelinya untuk membuat dodol, cucur dan pelbagai makanan lain.

“Mereka yang tidak mahu bersusah payah membuka kulit durian juga lebih gemar membeli pes durian kerana ia sedia digunakan dan tahan lebih lama,” katanya.

Jualan tempoyak untung RM7,000 semusim Keyphrase Synonyms Keuntungan tempoyak semusim, pengusaha tempoyak raih pendapatan lumayan, perniagaan tempoyak menguntungkan, tempoyak bantu kurangkan lambakan durian, produk hiliran durian Related Keyphrase Lambakan durian di Malaysia Pengusaha tempoyak di Perak Produk hiliran berasaskan durian Pes durian dan tempoyak Perniagaan tempoyak menguntungkan
Pengusaha produk tempoyak, Rosni Malaysia Buyong, 63, menunjukkan produk tempoyaknya di Jalan Sungai Klah, Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF 04 JULAI 2026.

Dalam pada itu dia berkata, kepelbagaian produk berasaskan durian mampu memberi nilai tambah pada hasil tanaman sekali gus membantu pengusaha memperoleh pendapatan lebih baik berbanding hanya bergantung kepada jualan buah segar.

Menurut Rosni, langkah memproses durian kepada produk hiliran seperti tempoyak, pes durian dan sambal tempoyak membolehkan hasil buah dimanfaatkan sepenuhnya serta mengurangkan risiko kerugian akibat lambakan bekalan sebagaimana yang sedang berlaku ketika ini.

“Apabila harga durian di pasaran jatuh ketika di pertengahan musim pengeluaran, produk hiliran seperti tempoyak dan pes durian sebenarnya lebih menguntungkan kerana permintaannya masih ada. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

“Kalau pes isi durian, ia boleh bertahan hampir dua tahun dengan asanya masih manis. Bagi tempoyak pula, jika disimpan secara sejuk beku, ia mampu bertahan paling lama sekitar tiga tahun.,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pengusaha durian disaran pelbagaikan produk untuk tangani lambakan buah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI