Pengusaha durian disaran pelbagaikan produk untuk tangani lambakan buah

SUNGAI SIPUT – Pengusaha durian tempatan disaran untuk mempelbagaikan kreativiti dengan menghasilkan produk nilai tambah bagi membantu mengatasi lambakan buah itu sepanjang musim pengeluaran yang dijangka berlangsung hingga Ogos depan.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, mereka tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada jualan buah segar kerana terdapat pelbagai peluang pasaran yang boleh diterokai melalui produk berasaskan raja buah itu.

Katanya, selain daripada pes durian, penghasilan kepada tempoyak misalnya mempunyai permintaan tinggi dan mampu dijual pada harga yang baik, serta mudah dipasarkan ketika bekalan buah segar berlebihan.

lambakan durian Keyphrase Synonyms: lebihan bekalan durian, pengeluaran durian serentak, masalah lambakan durian, pasaran durian tempatan, bekalan durian berlebihan Related Keyphrases: pengusaha durian hasilkan produk nilai tambah tempoyak bantu tangani lambakan durian FAMA bantu pekebun durian pasarkan hasil pusat pemprosesan durian di Perak harga durian kampung di Malaysia
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika sidang media pada Program Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di Arena Sungai Siput, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2026.

“Tempoyak pun mendapat permintaan yang tinggi dan harga jualannya agak mahal di pasaran. Apabila bukan musim durian, bukan mudah untuk mendapatkan tempoyak.

“Kebetulan ketika ini berlaku pengeluaran durian secara serentak di semua negeri, jadi perkara ini tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Agro MADANI sempena Jelajah Sejahtera Agro @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang di Arena Sungai Siput, pada Jumaat.

lambakan durian Keyphrase Synonyms: lebihan bekalan durian, pengeluaran durian serentak, masalah lambakan durian, pasaran durian tempatan, bekalan durian berlebihan Related Keyphrases: pengusaha durian hasilkan produk nilai tambah tempoyak bantu tangani lambakan durian FAMA bantu pekebun durian pasarkan hasil pusat pemprosesan durian di Perak harga durian kampung di Malaysia
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika hadir ke Program Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di Arena Sungai Siput, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2026.

Mengulas lanjut Mohd Zolkafly berkata, isu lambakan durian segar yang berlaku ketika ini boleh diurus dengan baik sekiranya pengusaha mempunyai inisiatif tersendiri dalam memasarkan hasil keluaran masing-masing.

Kata beliau, walau bagaimanapun, kerajaan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan 90 pusat jualan durian di seluruh negara bagi membantu pekebun durian memasarkan hasil mereka.

Wakil Komuniti pekebun durian membuka buah durian kahwin ketika ditemui dalam Sesi Ramah Mesra Komuniti Durian Daerah Kuala Kangsar bersama Media Perak di Dango Cakcibor, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF 03 JULAI 2026.

“FAMA juga menetapkan harga siling RM2.70 sekilogram bagi durian kampung. Ini bermakna kita membantu sekiranya berlaku lambakan durian yang melebihi permintaan di pasaran.

“Setakat ini, FAMA tidak menerima sebarang aduan secara langsung daripada pengusaha mengenai masalah penjualan durian.

“Namun, pegawai FAMA di peringkat daerah sentiasa berhubung dengan pekebun dan akan membantu sekiranya mereka berdepan kesukaran menjual hasil,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan turut mewujudkan pusat pemprosesan durian di beberapa lokasi termasuk di Batu Kurau, Taiping dan Chui Chak, Teluk Intan bagi menambah pilihan pemasaran durian kepada pekebun.

Beliau berkata, pekebun boleh menghantar hasil mereka ke pusat berkenaan untuk diproses dan pihak operator bersedia untuk membeli durian yang dibawa pada harga yang munasabah.

lambakan durian Keyphrase Synonyms: lebihan bekalan durian, pengeluaran durian serentak, masalah lambakan durian, pasaran durian tempatan, bekalan durian berlebihan Related Keyphrases: pengusaha durian hasilkan produk nilai tambah tempoyak bantu tangani lambakan durian FAMA bantu pekebun durian pasarkan hasil pusat pemprosesan durian di Perak harga durian kampung di Malaysia
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun ketika hadir ke Program Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang di Arena Sungai Siput, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JULAI 2026.

“Yang penting, durian itu mempunyai nilai pasaran dan kualiti yang baik. Walaupun tidak premium sepenuhnya, jika sebahagiannya memenuhi kriteria premium, ia masih mempunyai permintaan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Mohd Zolkafly berkata, terdahulu beliau menyempurnakan pelepasan 1,000 benih ikan temoleh, 150,000 benih udang galah dan 15,000 benih ikan baung di Jeti Kampung Periang, Enggor sebagai usaha memulihara sumber perikanan di Sungai Perak.

“Anak benih ikan temoleh dilepaskan kerana spesies itu kini dilihat semakin berkurangan di Sungai Perak dan kita mengambil inisiatif melalui Jabatan Perikanan Negeri Perak untuk menambah populasinya,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya kemudian turut menyerahkan Kit Pertanian Bandar kepada Sekolah Seni Malaysia Perak bagi membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dan kajian berkaitan pertanian moden.

Menurut Mohd Zolkafly, Program Jualan Agro MADANI yang merupakan antara tiga program di bawah Jelajah Sejahtera Agro @ DUN Lintang itu turut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.

Jelas beliau, program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan membantu masyarakat luar bandar, golongan B40 dan rakyat pelbagai lapisan mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih murah dan berpatutan berbanding di pasaran. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Komuniti pekebun durian Perak cadang durian diisytihar ‘Buah Kebangsaan Malaysia’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI