Kadar cukai taksiran Ipoh masih kekal

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan penilaian semula kadar cukai taksiran yang kali terakhir dibuat pada tahun 1981, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Menurut beliau, bagaimanapun kadar cukai taksiran sebanyak 16 peratus yang dikenakan setakat ini masih dikekalkan.

Namun Rumaizi memberitahu, kenaikan  berlaku adalah disebabkan penilaian semula terhadap nilai hartanah yang dibuat.

“Kita kekalkan 16 peratus (kadar cukai taksiran) dahulu, tetapi kita buat penilaian dan guna konsep ‘capping’ (atau mengawal kenaikan kadar taksiran).

“Konsep ini mungkin tidak boleh dilaksanakan peningkatan maksimum sebanyak 30 peratus sekaligus. Cuma kita syorkan pada kerajaan negeri sebanyak 30 peratus agar tidak akan berlaku kenaikan mendadak selepas cukai taksiran dinilai,” katanya.

Kadar cukai taksiran Ipoh masih kekal Majlis Bandaraya Ipoh MBI Datuk Rumaizi Baharin bandar ipoh
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin hadir ke Gimik Pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk-Produk dan Tempat-Tempat Pelancongan Menarik di Bandar Raya Ipoh Melalui Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Stesen Kereta Api Ipoh, Perak. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JUN 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk dan Tempat Pelancongan Menarik di Bandar raya Ipoh Melalui Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Stesen Kereta Api KTM Ipoh, pada Rabu.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.

Dalam pada itu, Rumaizi memberitahu MBI sudah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan kadar cukai taksiran di bandar raya Ipoh.

Kadar cukai taksiran Ipoh masih kekal Majlis Bandaraya Ipoh MBI Datuk Rumaizi Baharin bandar ipoh
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada sesi sidang media Gimik Pelancaran Pengiklanan Pakej Promosi Maklumat Produk-Produk dan Tempat-Tempat Pelancongan Menarik di Bandar Raya Ipoh Melalui Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Stesen Kereta Api Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JUN 2024.

Namun ujar beliau, ia akan dilaksanakan mengikut kategori hartanah dan bukan semua kategori berlaku peningkatan.

“Mungkin (kadar cukai taksiran) kediaman tidak naik, tetapi mungkin diturunkan lebih rendah. Hartanah perniagaan pula ada kadar tertentu manakala hartanah perkilangan mungkin ada satu kadar lain.

“Tetapi apa berlaku yang keadaan ini berkaitan dengan penilaian semula hartanah. Itu yang kita buat sekarang ini,” katanya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bayar cukai taksiran MBI, berpeluang menang cabutan bertuah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI