Keluar zon selesa, anak muda kembangkan jenama kopi sendiri kepada dua cawangan

KEBERANIAN keluar daripada zon selesa menjadi titik permulaan kepada seorang anak muda dalam membina perniagaan kopi sendiri sehingga berjaya mengembangkannya kepada dua cawangan dalam tempoh kurang setahun di sekitar Bandar Raya Ipoh.

Bermula dengan wang dikumpul sendiri, perniagaan di bawah jenama Serene Coffee yang diusahakan sendiri oleh Suhairi Ahmad Zaini, 26, bersama rakan niaga, Mohamed Amir Daniel Mohamed Rasyeed, 27, semakin mendapat tempat pelanggan tempatan.

Suhairi berkata, sebelum ini beliau bekerja sebagai barista selama lima tahun di sebuah kedai rangkaian jenama kopi terkenal sebelum mengumpul pengalaman untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan.

Serene Coffee jenama Serene Coffee, Kafe Serene Coffee, perniagaan Serene Coffee, usahawan kopi Ipoh, perniagaan kopi di Ipoh perniagaan kopi di Ipoh usahawan muda Ipoh kafe kopi Ipoh perniagaan kopi anak muda Serene Coffee Meru BSN pembiayaan Cerita Mereka Jiwa Malaysia
Demonstrasi membuat filter kopi ketika program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, di Halaman Meru Aman, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Menurut beliau, minat mendalam terhadap kopi telah mendorongnya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum melihat peluang mengembangkan jenama berkenaan apabila sambutan pelanggan semakin menggalakkan.

“Pada awalnya, saya dengan rakan kongsi membuka gerai kopi kecil di Tambun bermula pada April 2024 dengan modal sebanyak RM14,000 hasil simpanan bersama.

“Dan selepas itu, kami kumpul wang sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya kami dapat membuka satu lagi cawangan Kafe Serene Coffee di Meru iaitu pada Oktober 2024,” katanya.

Pengusaha Serene Coffee Meru, Suhairi Ahmad Zaini, 26, ketika program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, di Halaman Meru Aman, Meru, di sini, baru-baru ini.

Ujar Suhairi, gerai pertama di Tambun turut menjadi ruang untuk beliau dan rakan-rakan yang lain menjalankan perniagaan makanan dan minuman di lokasi sama.

Serene Coffee jenama Serene Coffee, Kafe Serene Coffee, perniagaan Serene Coffee, usahawan kopi Ipoh, perniagaan kopi di Ipoh perniagaan kopi di Ipoh usahawan muda Ipoh kafe kopi Ipoh perniagaan kopi anak muda Serene Coffee Meru BSN pembiayaan Cerita Mereka Jiwa Malaysia
Antara menu utama makanan di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Kata beliau, daripada bermula menjual kentang goreng, Kafe Serene Coffee kini mempunyai kira-kira 15 pilihan minuman selain menu makanan termasuk hidangan pasta yang menjadi antara tarikan pelanggan di kafe berkenaan.

Menu diolah ikut cita rasa tempatan

Ujar beliau lagi, sebahagian besar menu dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri dengan mengambil inspirasi daripada trend kopi serta minuman di Indonesia sebelum diolah mengikut cita rasa pelanggan tempatan.

“Antara minuman yang mendapat sambutan ialah ‘Haup Latte’ yang mana ia mempunyai rasa lebih berlemak berbanding kopi latte yang lain.

Serene Coffee jenama Serene Coffee, Kafe Serene Coffee, perniagaan Serene Coffee, usahawan kopi Ipoh, perniagaan kopi di Ipoh perniagaan kopi di Ipoh usahawan muda Ipoh kafe kopi Ipoh perniagaan kopi anak muda Serene Coffee Meru BSN pembiayaan Cerita Mereka Jiwa Malaysia
Serene Coffee Meru, di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

“Manakala biji kopi yang digunakan diperoleh daripada pelbagai rantau termasuk Amerika Latin dan Indonesia sebelum campuran berkenaan disesuaikan untuk menghasilkan profil rasa yang lebih dekat dengan selera pelanggan tempatan,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan berkenaan turut membolehkan Serene Coffee menarik pelanggan daripada pelbagai kelompok kerana pilihan menu tidak hanya bertumpu untuk golongan muda, sebaliknya turut mengambil kira cita rasa keluarga yang berkunjung ke dua cawangan kafe berkenaan.

Pengusaha Serene Coffee Meru, Suhairi Ahmad Zaini, 26, ketika program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026
Pengusaha Serene Coffee Meru, Suhairi Ahmad Zaini, 26, ketika program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Suhairi berkata, dalam menguruskan dua cawangan, Kafe Serene Coffee kini mempunyai kira-kira 12 pekerja tempatan yang membantu memastikan operasi perniagaan berjalan lancar,

“Cabaran paling besar bagi saya sekarang ialah ketidaktentuan harga barang kerana kami perlu fikir bagaimana hendak mengekalkan operasi, dan pada masa sama memastikan harga sesuai untuk pelanggan, di samping perniagaan masih memerlukan keuntungan untuk bergerak,” katanya.

Pembiayaan bantu langkah lebih jauh

Dalam usaha mengembangkan perniagaan jenama Serene Coffee, Suhairi berkata, beliau turut mengambil peluang untuk mendapatkan pembiayaan BSN Micro-i MADANI pada tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat keperluan untuk mengukuhkan operasi dan membuka ruang untuk perniagaan berkembang dengan lebih tersusun, termasuk bagi operasi cawangan kedua.

Program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, di Halaman Meru Aman, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Kata beliau, pembiayaan yang diterima digunakan bagi menyokong kos keperluan permulaan cawangan kafe di Meru, pembelian stok serta usaha memperluaskan pemasaran digital, selain membantu operasi perniagaan agar lebih stabil.

“Bagi saya pembiayaan yang diterima daripada BSN ini tidak terlalu membebankan kerana jumlah bayaran bulanan yang ditetapkan lebih mudah untuk kami uruskan, selain terma pembiayaan yang jelas tanpa perkara tersembunyi,” ujarnya.

Suhairi berkata, beliau melihat kemudahan pembiayaan oleh BSN sebagai salah satu instrumen yang boleh dimanfaatkan usahawan muda sekiranya dibuat berdasarkan keperluan sebenar di samping memudahkan untuk membuat bayaran balik.

Pelbagai kata-kata dan mesej yang ditinggalkan pelanggan menghiasi salah satu sudut kafe, mewujudkan suasana santai serta menjadi tarikan untuk bergambar di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

“Kalau kita mahu mula berniaga, kita kena cuba dahulu kerana kalau tidak cuba kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita.

“Tetapi dalam masa sama kita mesti ada perancangan, susunan kerja dan prosedur operasi supaya tidak kelam-kabut selepas perniagaan dibuka,” katanya lagi.

Mengulas tentang program Cerita Mereka, Jiwa Malaysia, Suhairi memberitahu, beliau berbangga apabila Serene Coffee menjadi antara lapan premis makanan dan minuman di Ipoh yang terpilih oleh BSN untuk inisiatif berkenaan.

“Saya melihat program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pengusaha Serene Coffee Meru, Suhairi Ahmad Zaini, 26, ketika program ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di Serene Coffee Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, Cerita Mereka, Jiwa Malaysia anjuran BSN membawa mesej meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia, nilai kebersamaan serta aspirasi negara untuk terus maju secara inklusif.

Menerusi kempen itu, seramai 69 usahawan mikro BSN di seluruh negara khususnya dalam sektor makanan dan minuman, seperti kafe, restoran dan peniaga gerai terpilih untuk menyertainya

Sebanyak 5,500 ‘cup sleeves’ atau lengan cawan bermotifkan batik yang diinspirasikan daripada ‘uniform teler’ BSN diedarkan kepada peserta sepanjang tempoh kempen antara 24 hingga 28 Ogos.

Lengan cawan berkenaan dihasilkan pelajar dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, yang juga merupakan Sekolah Angkat MADANI BSN 2025. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nurseri kopi: Anak muda Kuala Kangsar raih pendapatan lumayan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI