Kemalangan maut calon SPM: Pegawai kanan polis direman tiga hari

IPOH – Seorang pegawai polis direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pelajar sekolah menengah yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Taman Jati, di Meru dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu direman sehingga Isnin.

“Suspek direman selama tiga hari bermula 16 Disember. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan seorang pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan melibatkan seorang pelajar tingkatan lima di Taman Jati, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di lokasi kejadian.

Yahaya berkata, siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan ini membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan sebuah motosikal jenis Yamaha. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan kemalangan maut calon SPM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI