Kemalangan RXZ di lebuh raya: Polis tak terima laporan

IPOH – Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai jenis RXZ di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebagaimana dalam video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, justeru pihaknya tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung nahas jalan raya itu.

“Masih tidak dapat dikesan (sama ada kejadian benar berlaku). (Ini kerana) Tiada sesiapa yang buat laporan polis berkaitan kemalangan yang dimaksudkan itu.

“Polis juga telah menyemak hantaran tular di laman Facebook, tetapi masih tiada maklumat lanjut diterima,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan nahas jalan raya membabitkan sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai berlanggar sesama sendiri.

Video berkenaan dipercayai telah dirakam oleh pemandu lori yang berada di lokasi kejadian pada waktu sama.

Kesemua penunggang motosikal berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Himpunan Motosikal RXZ Member 6.0 yang akan berlangsung di Terengganu pada Sabtu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI