Keputusan STAM diumum 26 Mac ini

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 26 Mac ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula jam 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan tersebut akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Calon sekolah dan persendirian juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian di pautan myresult.moe.gov.my bermula jam 10 pagi, 26 Mac sehingga 6 petang pada 1 April,” katanya.

Selain itu, KPM berkata, keputusan peperiksaan juga boleh disemak dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Seramai 4,058 orang calon menduduki peperiksaan STAM di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Saarani sertai solat hajat calon SPM, STPM, STAM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI