Kerajaan tolong campur tangan realisasikan hasrat pekerja ladang

IPOH – Kerajaan Negeri Perak digesa melaksanakan skim yang mewajibkan syarikat perladangan menyediakan pemilikan rumah bagi pekerja ladang tempatan yang bersara untuk memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), R Karthiges berkata, ketika ini tiada sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan syarikat berbuat demikian.

Katanya JSML telah merangka Skim Perumahan Pekerja Peladang di mana kerajaan negeri disyorkan suapa mewajibkan syarikat perladangan mengenakan potongan gaji kepada pekerja sebagai kaedah untuk pemilikan rumah selepas bersara seperti kaedah ‘rent to own’.

Menurut Karthiges, kadar upah rendah yang diterima pekerja ladang mengakibatkan mereka tidak mampu untuk membuat simpanan kewangan bagi memliki kediaman sendiri di luar yang semakin mahal.

skim perumahan pekerja peladang Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JSML pekerja ladang estet perak ladang perak pekerja perak ladang skim perumahan pekerja peladang Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JSML pekerja ladang estet perak ladang perak pekerja perak ladang
Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), R Karthiges pada sidang media selepas menyerahkan memorandum dan draf akta Skim Perumahan Pekerja Ladang di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 DISEMBER 2023.

“Kami meminta menteri besar dan ketua menteri di seluruh negara untuk menyokong kepada usaha ini kerana mereka adalah antara yang mewakili keanggotaan dalam Majlis Tanah Negara.

“Kami harap kerajaan negeri dan Persekutuan menyokong usaha pekerja ladang yang telah diperjuangkan lebih 50 tahun ini,” katanya.

Karthiges berkata demikian ketika mengadakan demonstrasi aman bersama 15 pekerja ladang dan penyerahan memorandum berkenaan cadangan Skim Perumahan Pekerja Ladang kepada kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Jumaat.

Memorandum diserahkan Karthiges kepada Pegawai Khas kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Zaim Sidqi Zulkifly.

skim perumahan pekerja peladang Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JSML pekerja ladang estet perak ladang perak pekerja perak ladang skim perumahan pekerja peladang Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JSML pekerja ladang estet perak ladang perak pekerja perak ladang
Pegawai Khas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak Sandrea Ng Shy Ching, Zaim Sidqi Zulkifly (tiga,kanan) menerima memorandum dan draf akta Skim Perumahan Pekerja Ladang daripada Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), R Karthiges (dua,kiri) di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Karthiges berkata, memorandum sama telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada bulan lalu, dan selepas ini akan turut diserahkan kepada Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Katanya, selepas itu pihaknya juga akan menyerahkan memorandum berkenaan cadangan skim perumahan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ia dapat dibawa ke Dewan Rakyat pada tahun hadapan.

Menurut Karthiges, usul skim berkenaan telah dirangka berdasarkan pandangan dan cadangan daripada pakar-pakar perundangan tempatan.

“Ada beberapa estet misalnya di Sungai Siput dan Sitiawan telah meminta pekerja mereka keluar daripada kediaman kerana sudah bersara.

“Oleh sebab itu kami merayu campur tangan kerajaan untuk melaksanakan cadangan skim ini agar ia menjadi undang-undang yang akhirnya dapat membela nasib pekerja-pekerja ladang,” ujarnya lagi.

Karthiges berkata JSML dianggotai pekerja-pekerja ladang dari 100 estet di seluruh negara yang mana daripada jumlah itu, 35 estet di Perak.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hampir 300 penternak di Perak digesa segera laksana sistem reban tertutup

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI