Hampir 300 penternak di Perak digesa segera laksana sistem reban tertutup

IPOH – Kerajaan Perak menggesa lebih separuh daripada keseluruhan pengusaha unggas iaitu ayam, itik, dan puyuh segera melaksanakan penternakan melalui kaedah reban tertutup.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ini kerana kerajaan negeri sedang melaksanakan tempoh pemutihan terhadap hampir 300 penternak berkenaan menjelang pelaksanaan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 tiga tahun lagi.

Katanya, dalam usaha berkenaan Perak meletakkan sasaran secara berperingkat sebelum semua pengusaha terlibat menukar sepenuhnya daripada sistem reban terbuka kepada reban tertutup pada tahun 2026.

“Aktiviti penternakan unggas di Perak dijana melalui 507 ladang komersial berlesen, yang mana 397 melibatkan ladang ayam, 109 ladang itik dan satu ladang puyuh.

“Daripada jumlah itu, 295 ladang adalah ladang reban terbuka atau 58 peratus, 203 adalah ladang reban tertutup (40 peratus), sembilan adalah ladang bercampur (dua peratus). Komoditi ini juga telah mula memasuki pasaran eksport.

“Selaras dengan pelaksanaan pindaan berkenaan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak telah mengambil langkah turun padang melalui program yang dinamakan ‘Roadshow Ke Arah Pemodenan Perladangan Unggas Menjelang Tahun 2026’.

“Ia bagi memberi penjelasan dan kefahaman kepada pemegang taruh khususnya penternak ayam dberkaitan pindaan kepada Enakmen Perladangan Unggas 2005 yang telah dilulus dan diwartakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

reban ayam ternakan ladang ayam reban tertutup
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun bercakap pada sidang media Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Selain itu, Mohd Zolkafly turut memberi peluang kepada semua pengusaha ternakan yang masih tidak berdaftar untuk segera memohon lesen sah dalam tempoh pemutihan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Jelasnya, tempoh masa yang mencukupi akan diberikan kepada mereka sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Enakmen Ibu ini.

“Tempoh pemutihan yang dilaksanakan ini bagi memastikan kesemua penternak benar-benar dapat melaksanakan sistem reban tertutup ini sebelum ia dikuat kuasakan kelak,” kata beliau.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun pada sidang media Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2023.

Di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2003, mereka yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan kompaun minimum RM5,000 atau denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Enakmen yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 Mei lalu itu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 12 Julai.

Ia kemudian disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak pada 20 Julai lalu.-MG Perak

Artikel Berkaitan:

Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan – Mohamad

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI