Kereta berpusing, hilang kawalan punca dua maut di JRTB

GERIK – Kemalangan dua kenderaan di Kilometer 16.9 Jalan Raya Timur Barat Gerik – Jeli yang menyebabkan dua lelaki maut semalam berpunca daripada hilang kawalan.

Mereka yang maut adalah pemandu kereta jenis Proton Wira, Razali Mamat, 44 tahun dan penumpang, Saiful Hamdan Ismail, 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood berkata, hasil siasatan mendapati treler jenis Volvo yang dipandu lelaki berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Jeli menghala ke Gerik manakala kereta yang dipandu lelaki berusia 44 tahun bersama seorang penumpang datang dari arah bertentangan.

“Sewaktu tiba di lokasi, pemandu kereta hilang kawalan lalu berpusing, masuk ke arah bertentangan dan melanggar treler berkenaan.

“Kemalangan ini mengakibatkan pemandu dan penumpang kereta memgalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.

“Bagaimanapun, pemandu treler dan kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-448 7374,” ujarnya.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua maut nahas kereta, treler di Lebuhraya Timur Barat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI