Kesihatan mental di tempat kerja tidak dipandang enteng kerajaan Perak

TANGGAL 10 Oktober pada setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia sebagai langkah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental kepada setiap individu.

Pada tahun ini, ‘Sudah tiba masanya kesihatan mental di tempat kerja diberi keutamaan’ menjadi tema kepada sambutan di peringkat global itu.

Isu kesihatan mental di tempat kerja menjadi hal yang sering diutarakan sejak akhir-akhir ini, terutama pada pasca pandemik, apabila isu tekanan sama ada secara fizikal atau mental terhadap pekerja menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Kesihatan mental isu tempat kerja pekerja majikan individu hari kepentingan sivanesan perak kerajaan
Gambar hiasan. Sebahagian penjawat awam ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 di Perak. Foto ANIQ NABILFAIQ, 18 OKTOBER 2024.

Media baru-baru ini melaporkan lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi berikutan kegagalan mereka menangani tekanan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilaporkan berkata, maklumat itu adalah hasil dapatan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang dilaksanakan dari 1 Mac hingga September lalu.

Sementara Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun lalu turut menunjukkan bahawa satu pertiga rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas berdepan dengan masalah mental, dan angka itu dijangka akan terus meningkat.

Kesihatan mental isu tempat kerja pekerja majikan individu hari kepentingan sivanesan perak kerajaan
Gambar hiasan.  Orang ramai mengambil peluang membeli belah pada hari cuti umum ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2022.

Justeru dalam soal ini, Kerajaan Negeri Perak melihat hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan secara umumnya merupakan antara lima keperluan rakyat yang diberi keutamaan sebagaimana digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

Tidak terkecuali apabila kerajaan negeri tutut menyifatkan isu kesihatan mental di tempat kerja bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh.

Kesihatan mental isu tempat kerja pekerja majikan individu hari kepentingan sivanesan perak kerajaan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan, isu psikososial di tempat kerja merupakan isu mustahak yang memberi impak besar terhadap produktiviti terhadap suatu institusi atau organisasi.

Katanya, hal ini kerana kesihatan mental terhadap pekerja memberi kesan langsung kepada nilai reputasi kerja, kepuasan pelanggan serta kualiti hidup secara umumnya.

Justeri beliau menegaskan, setiap individu mempunyai peranan masing-masing khususnya dalam usaha membanteras serta menguruskan isu masalah kesihatan mental di tempat kerja mereka.

Kesihatan mental isu tempat kerja pekerja majikan individu hari kepentingan sivanesan perak kerajaan
Gambar hiasan. Kakitangan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dilihat tekun menyiapkan kerja-kerja berkaitan dokumentasi pekerja dan majikan pada hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid- 19 di Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

“Bagi pihak majikan, adalah penting untuk memahami beban kerja pekerja, menyediakan ruang kerja yang kondusif dan menawarkan sokongan psikologi jika perlu.

“Pengurusan yang empati, komunikasi yang efektif, menzahirkan penghargaan dan saling menghormati adalah asas dalam mengelakkan berlakunya masalah mental,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Ipoh, baru-baru ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan hadir pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Di samping itu, Sivanesan juga menyarankan kepada golongan pekerja, untuk turut mengambil langkah proaktif dalam menguruskan tekanan di tempat kerja demi melahirkan prestasi kerja yang baik

Jelas beliau, persekitaran kerja yang positif harus diwujudkan seperti tidak memendam sebaliknya bertanya atau berkongsi masalah dengan rakan sekerja yang lebih arif.

“Selain itu, setiap daripada kita juga perlu lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Penurunan prestasi kerja, kelesuan dan masalah disiplin adalah antara indikator yang menunjukkan seseorang pekerja mungkin mengalami masalah kesihatan mental,” tambahnya lagi.

Namun pada masa sama Sivanesan berkata, stigma terhadap kesihatan mental juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan sebarang prasangka buruk dalam kalangan pekerja.

Suasana sekitar Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Ujar beliau, sebaliknya sesiapa yang didatangi rakan sekerja yang mengadu mengalami masalah mental harus diselidiki serta bersedia untuk menghulurkan tangan bagi meringankan beban.

“Marilah kita mengingatkan antara satu sama lain bahawa perasaan dan emosi di tempat kerja merupakan perkara yang perlu dititik beratkan.

“Budaya kerja yang harmoni akan melahirkan rasa suka untuk bekerja dan secara langsung akan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan diminta tambah baik Akta Kerja 1955 – Sivanesan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI