Khalid KPD Muallim baharu

TANJUNG MALIM – Superintenden Khalid Mohamad dilantik Ketua Polis Daerah Muallim baharu menggantikan Asisten Komisioner Mohd Hasni Mohd Nasir yang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod.

Khalid sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam sejak 2022.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, Mohd Hasni yang mula memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah sejak 14 Jun 2022 telah berjaya memimpin Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim dengan meraih pelbagai pencapaian dan kejayaan, terutamanya dalam penugasan, perkhidmatan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam di daerah berkenaan.

Menurutnya, Mohd Hasni yang turut menaungi pasukan inovasi IPD Muallim juga telah mencipta pelbagai kejayaan dalam pertandingan inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Antaranya, IPD Muallim menjadi johan kategori penciptaan inovasi pada 2022 dan 2024 dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Penciptaan di Anugerah Inovasi PDRM, dan juga merangkul Naib Johan di Anugerah Inovasi anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Khalid KPD Muallim baharu
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menyaksikan penyerahan tongkat kuasa Ketua Polis Daerah Muallim, Asisten Komisioner, Mohd Hasni Mohd Nasir kepada Ketua Polis Daerah Muallim yang baharu, Superintenden Khalid Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF 02 APRIL 2026.

“Pada tahun 2025, IPD Muallim sekali lagi merangkul Johan di bawah kategori penambaikan inovasi PDRM, dan mewakili PDRM dengan membawa produk penciptaan Body Shield Protector, di dalam rancangan realiti TV Astro iaitu Innovathon.

“Kejayaan – kejayaan tersebut pastinya, telah mengharumkan nama IPD Muallim dan secara langsungnya, menaikkan nama Polis Perak itu sendiri dan saya amat mengharapkan, pasukan Inovasi IPD Muallim ini akan terus aktif, di bawah kepimpinan Ketua Polis Daerah yang baru.

“Diharapkan juga Ketua – ketua Polis Daerah yang lain, dapat menghasilkan suatu kumpulan inovasi, yang dapat membawa cabaran di pertandingan Anugerah Inovasi PDRM, yang merupakan suatu acara tahunan dalam takwim PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Muallim di Dewan Serbaguna, IPD Muallim, Slim River di sini pada Khamis.

Noor Hisam turut menzahirkan ucapan selamat bertugas kepada Khalid kerana dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muallim yang baharu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas enam kenderaan: Polis masih tunggu laporan patologi pemandu Proton Satria

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI