MGPerak: HLEP Kukuhkan Perak Sebagai Hab Tenaga Hijau

490

Projek Hydro Life Extension Programme atau Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP) yang dilaksanakan di Stesen Janakuasa di Temengor, Bersia dan Kenering di sini meletakkan Perak di barisan hadapan dalam agenda peralihan Tenaga Boleh Baharu negara.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, pelaksanaan projek berkenaan menyediakan kemudahan sokongan kritikal yang mana ia memainkan peranan penting dalam menjamin keperluan tenaga serta kestabilan grid nasional.

Katanya, ia memperkukuhkan lagi kedudukan negeri Perak sebagai pusat tenaga boleh baharu yang menjadi teras kepada pembangunan berasaskan tenaga hijau. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #HELP #HydroLifeExtensionProgramme #PelanjutanHayatHidro

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini