Kesejahteraan rakyat diterjemahkan menerusi belanjawan – Salbiah

IPOH – Pembentangan Belanjawan Perak 2024 pada Jumaat lalu menunjukkan satu signifikan dan komitmen kerajaan negeri untuk mensejahterakan rakyat.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, konteks tersebut jelas dititik beratkan apabila sebanyak RM384 juta diperuntukkan di bawah kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, belanjawan kali ini lebih fokus kepada usahawan dan Koperasi ini adalah satu peetambahan yang cukup baik

“Saya nampak komitmen Menteri Besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) bercakap soal kesejahteraan rakyat itu benar-benar diterjemahkan dalam bajet yang dibentangkan semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui MG Perak semalam.

Beliau berkata, sejumlah RM2.9 juta diperuntukkan menerusi Program Pengupayaan Wanita di bawah Sekretariat Pembangunan Wanita dan RM24 juta untuk Program Kad Perak Sejahtera. Ini di bawah portfolio wanita.

“Alhamdulillah, kita juga menerima peruntukan untuk pembangunan usahawan dan koperasi sebanyak RM2.3 juta di bawah Sekreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP).

“Manakala untuk program di bawah pengupayaan usahawan kita menyediakan bantuan seperti Geran Usahawan Perak (GeRAK), bantuan peralatan dan juga inisiatif untuk menghidup dan mengaktifkan semula koperasi.

“Pada tahun ini, ada bajet tambahan untuk portfolio saya berbanding tahun lalu iaitu RM1.3 juta untuk STeP tetapi pada tahun ini kita ada tambahan RM1 juta dan menjadikannya RM2.3 juta,” jelasnya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

MGPerak: Belanjawan Perak 2024 RM1.35 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI