KPDN Perak sasar 576 Program Jualan Rahmah bagi 2024

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, menyasarkan sekurang-kurangnya 576 Program Jualan Rahmah  dianjurkan dalam negeri ini, bagi tahun 2024.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, ia ekoran kejayaan penganjuran 508 program berkenaan di Perak tahun lalu melibatkan beberapa kawasan terpilih dalam Parlimen dan DUN.

Menurut beliau, KPDN Perak berjaya menganjurkan 108 Program Jualan Rahmah bagi tempoh Januari sehingga Februari di seluruh Perak.

“Tahun lalu, program yang kita laksanakan di kawasan terpilih di dalam Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) memberi manfaat kepada lebih 800,000 penduduk di Perak.

“Kita jangka pada tahun ini mungkin 1 juta penduduk di Perak mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Lobi Blok B, Bangunan Persekutuan Greentown di sini pada Jumaat.

Kamalludin berkata, harga yang ditawarkan pada program berkenaan melibatkan potongan harga sehingga 30 peratus dengan kerjasama rakan-rakan strategik.

Jelasnya, barangan yang dijual pula melibatkan sekurang-kurangnya 50 jenis dan kebanyakkannya keperluan.

Sementara itu, pada pelancaran berkenaan sebanyak 70 bakul Rahmah turut disumbangkan kepada golongan B40 terutama yang bekerja di Bangunan Persekutuan Greentown Ipoh.

Menurut Kamalludin, KPDN Perak juga turut memberikan peluang kepada lapan peniaga makanan Menu Rahmah untuk membuka gerai dalam program tersebut. – MG Perak

Artikel Berkenaan:

420,000 rakyat Perak terima manfaat Program Jualan Rahmah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI