420,000 rakyat Perak terima manfaat Program Jualan Rahmah

IPOH – Seramai 420,000 rakyat di Perak menerima manfaat Program Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bermula awal tahun sehingga 9 November 2023.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, sebanyak 310 Program Jualan Rahmah telah dijalankan di semua 24 parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini.

“Program ini telah memberi manfaat kepada 430,000 pengguna dengan nilai jualan yang diperoleh melebihi RM8.5 juta setakat 9 November 2023.

“Program jualan ini juga dapat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 dan Program Jualan Rahmah KPDN Perak di AEON Klebang, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata, Program Jualan Rahmah yang dilaksanakan oleh KPDN dengan kerjasama rakan strategik ini memberi potongan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus.

“Keutamaan penganjuran program jualan ini adalah diadakan di lokasi-lokasi tumpuan rakyat berpendapatan rendah.

“KPDN Perak juga menyeru rakyat negeri ini khususnya, supaya mengambil peluang untuk berbelanja di program ini bagi menjimatkan perbelanjaan kos sara hidup,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

500 sukarelawan JPPKK sertai CSR Rahmah Tambun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI