KPKT peruntuk RM3.4 juta bersih, naik taraf sistem perparitan Teluk Intan

TELUK INTAN – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan khas RM3.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan naik taraf sistem perparitan khusus di kawasan perumahan di sekitar bandar ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan disalurkan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) itu merupakan langkah awal mencegah bencana banjir daripada berlaku sewaktu musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada pertengahan November.

“Teluk Intan sudah berhadapan dengan masalah banjir sejak 60 tahun lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) menyalurkan peruntukan tersebut.

“Peruntukan daripada KPKT ini bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang, naik taraf sistem perparitan khusus di kawasan perumahan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 50 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sithambaran Pillai, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nga turut meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) wajib bersiap siaga supaya bandar ini menjadi ‘bandar bebas banjir.’

“Kita akan pastikan bandai ini satu hari nanti bebas banjir dengan semua pihak bekerjasama memastikan impian ini akan menjadi kenyataan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu juga berkata, peruntukan bagi kawasan kampung seperti Changkat Jong bakal diuruskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sementara itu, Nga dalam ucapannya menegaskan kontraktor penyelenggaraan yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan baik.

“Teguran ini kepada kontraktor sekiranya gagal menyelia sistem perparitan, kita tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak mereka,” katanya. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Banjir Teluk Intan, dua PPS dibuka ekoran pertambahan mangsa

MGPerak: Situasi Banjir Genang Di Kampung Batu 9, Simpang 3 Changkat Jong, Teluk Intan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI