Lanjutan pengecualian visa: Perak giat promosi pelancongan ke China

BATU GAJAH – Kerajaan Perak akan mempergiatkan lagi promosi pelancongan negeri ke China sempena Tahun Melawat Perak 2024 susulan pengumuman pelanjutan pengecualian visa antara Malaysia dengan Negara Tembok Besar itu.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, lanjutan daripada itu pihaknya akan mengeratkan lagi kerjasama bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Tourism Malaysia bagi menembusi pasaran yang lebih luas di China.

Katanya, kerjasama itu juga akan membabitkan perbincangan dengan pemain-pemain industri pelancongan China sebagai usaha menarik lebih ramai kedatangan pelancongan negara itu ke Malaysia.

Visa pengecualian china malaysia perak pelancongan promosi exco loh sze yee
Suasana sekitar Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter World di Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JUN 2024.

“Disebabkan China merupakan negara yang luas, maka pasaran pelancongan di sana juga besar. Namun disebabkan itu juga, kita tidak mampu untuk mengadakan lawatan (promosi) ke seluruh China.

“Jadi, usaha (kerjasama) ini perlu diteruskan dan dijangka Tourism Malaysia akan mengadakan lawatan ke China pada hujung Ogos ini.

“Lawatan itu diadakan bagi mempergiatkan promosi pelancongan keseluruhan di Malaysia termasuk Perak ke kawasan-kawasan di China,” katanya.

Visa pengecualian china malaysia perak pelancongan promosi exco loh sze yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Ketiga Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter World di Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JUN 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan fasa ketiga Taman Didik Hibur ‘Dinosaur: Encounter World’ di Silverlakes Village Outlet, dekat sini, pada Ahad.

Dalam pada itu Sze Yee memberitahu, sebelum ini pertemuan dua hala antara pemain industri di China dan Malaysia juga telah diadakan melalui Pameran Pelancongan Antarabangsa (ITB) Shanghai pada tiga minggu lalu.

Tambah beliau, Perak juga berhasrat untuk menjadi jaguh kepada industri pelancongan di negara ini selepas Melaka dan Pulau Pinang.

Visa pengecualian china malaysia perak pelancongan promosi exco loh sze yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Ketiga Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter World di Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JUN 2024.

“Mujur kita mendapat kerjasama dan bantuan daripada kerajaan persekutuan dan kita berharap dengan usaha ini, kita menjangkakan dalam satu dekad kita dapat bukan saja mengejar, malah dapat mengatasi dua negeri ini dalam sektor pelancongan,” ujarnya.

Pada Khamis, media melaporkan Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk serta mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

China dilaporkan bersetuju untuk melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025, sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.

Mengulas tentang program, Sze Yee berkata, pembukaan fasa ketiga taman didik hibur itu dijangka akan menarik kehadiran 300,000 pelancong dari dalam dan luar negeri sehingga hujung tahun ini.

Suasana sekitar Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter World di Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JUN 2024.

“5D Immersive Track Motion Ride di sini merupakan pertama di Perak yang mana ia merupakan tarikan baharu terhadap industri pelancongan pendidikan.

“Fasa pertama yang dilancarkan pada 15 Disember 2023 menyaksikan rekod kemasukan sebanyak 50,000 pengunjung dari pelbagai negeri selain merekodkan sejumlah besar pengunjung dari luar negara,” ujarnya.

Pada masa sama, sebanyak 1,000 tiket masuk ke Taman Didik Hibur Dinosaur: Encounter World akan diberikan secara percuma kepada pengunjung pada Ahad sahaja. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Misi promosi pelaburan ke China capai matlamat – MB Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI