Lebuh Raya WISE: Kandungan perjanjian konsesi dipersetuji- Saarani

IPOH – Kerajaan Negeri Perak yakin projek pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan antara Gopeng dan Kuala Kangsar dapat dilaksanakan tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan proses menandatangani perjanjian konsesi pembinaan lebuh raya berkenaan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Lebuh raya WISE Gopeng Kuala Kangsar perjanjian konsesi Perak kerajaan Saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

“Saya dimaklumkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama WISE telah memuktamadkan (mempersetujui kandungan) perjanjian konsesi itu melalui bengkel yang diadakan di Pulau Pinang, minggu lalu.

“Dan pada masa sama, saya telah bertemu dengan Ketua Pengarah UKAS dan memaklumkan kepada saya untuk mencari tarikh yang sesuai bagi diadakan majlis menandatangani perjanjian konsesi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, dekat sini, pada Isnin.

Lebuh raya WISE Gopeng Kuala Kangsar perjanjian konsesi Perak kerajaan Saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama pelajar cemerlang Orang Asli dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh.
Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan (IDR). Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Sebelum ini, Saarani dilaporkan berkata projek lebuh raya tersebut telah berada pada fasa akhir yang mana ia melibatkan urusan semakan semua draf perjanjian antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Persekutuan.

Pada Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan meluluskan cadangan pembinaan WISE selepas Saarani dimaklumkan ia dipersetujui pada mesyuarat Kabinet dengan projek dibangunkan syarikat konsesi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Lebuh raya WISE Gopeng Kuala Kangsar perjanjian konsesi Perak kerajaan Saarani
Persembahan tarian sewang Orang Asli pada Majlis Pelancaran Santuni Masyarakat Orang Asli Perak Sejahtera 2030 dan Simposium Batin di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2024.

Lebuh raya WISE sepanjang 60 kilometer dibangunkan sebagai alternatif kepada laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bakal dilengkapi tiga lorong dua hala.

Ia melibatkan laluan bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, seterusnya Kuala Kangsar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan percepatkan pembinaan Lebuhraya WISE – Alexander

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI