Lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Sembilan

LUMUT – Seorang nelayan lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut ditemui terapung oleh kru bot nelayan tempatan di perairan Pulau Sembilan, pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kru bot nelayan tempatan berkenaan telah membuat aduan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak.

Menurut beliau, aduan berkenaan dibuat dengan tujuan mangsa yang berada di atas bot mereka diambil pihak berkuasa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bertindak daripada aduan tersebut, Maritim Negeri Perak telah mengatur gerak Bot PSC 24 Marin dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Bot FCB 1030 dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi tersebut untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Bot PSC 24 Marin telah berjaya memindahkan mangsa dari BNT terbabit seterusnya membawa mangsa ke Jeti Penumpang Marina Lumut untuk dibawa menaiki ambulan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Shukri turut mengingatkan komuniti maritim untuk mematuhi peraturan serta menjaga keselamatan diri apabila turun ke laut khususnya ketika cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu ini.

“Komuniti maritim juga disarankan untuk memastikan segala keperluan peralatan keselamatan serta bot yang akan dinaiki berada dalam keadaan baik.

“Anda juga perlu sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan sebagai langkah awal menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa lemas di laut sementara menanti pasukan penyelamat tiba,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak tahan bot tempatan, empat nelayan warga asing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI