Lubang benam: Perak ambil langkah berjaga-jaga 

TAPAH – Kerajaan Perak akan mengambil langkah berjaga-jaga susulan laporan 11 kawasan lubang benam yang direkodkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi tempoh 2019 hingga 2024 di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut menyarankan orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat kejadian lubang benam berlaku di kawasan mereka.

“Saya belum mendapat maklumat rasmi tentang bilangan dan juga lokasi (lubang benam).

“Tapi dengan suasana dan musim (hujan tidak menentu) seperti ini, kita jangka mungkin tapi bukan (11 lokasi lubang benam) itu sahaja.

“Justeru, orang ramai kena berhati-hati dan kena ambil tahu jika ada berlaku di mana-mana landslide (tanah runtuh) ataupun lubang dan bagi tahu kepada pihak berwajib,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Besar Perak dan Menteri Dalam Negeri di Penjara Tapah, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Komisioner Jeneral Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Terdahulu, media melaporkan JMG merekodkan 24 kejadian lubang benam dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024, dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 11 kes.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan tiga kejadian direkodkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Melaka dan Perlis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ada lubang benam sekitar bandar raya Ipoh, MBI laksana kerja utiliti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI