Suri rumah didakwa bunuh ibu

IPOH – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya di kediaman mereka di Menglembu minggu lalu.

Tertuduh, Chew Loong Thye, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh Ching Lai Kheng, 70, di sebuah rumah di Taman Wang, Menglembu dalam Daerah Kinta, antara jam 7.15 sehingga 7.30 malam pada 27 September 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainin Sofiya Azlainimanakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ainin Sofiya memohon supaya tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh selain memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan patologi dan toksikologi masih belum siap.

Dalam prosiding tersebut, Norizan turut bertanya sama ada Chew masih mengambil ubat psikiatri dan wanita itu mengakui masih mengambilnya.

Mahkamah memerintahkan Chew untuk menjalani pemeriksaan psikiatri dan satu laporan disediakan mengikut Seksyen 342(3) Kanun Tatacara Jenayah.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 22 November untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan psikiatri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita OKU ditemukan mati ditikam, dua ahli keluarga ditahan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI