Mangsa banjir di Teluk Intan terus menurun

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus menurun kepada 64 penduduk daripada 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut adalah penduduk daripada kampung Batu7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman dan Lorong Imam Khairi di sini.

“Jumlah mangsa banjir sudah mula menurun sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan setakat jam 7.30 pagi tadi Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan merekodkan paras air semasa 3.55 meter.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, Jalan FT1152 Felda Trolak Selatan dalam daerah Batang Padang masih dibuka satu lorong untuk pengguna jalan raya. “Susulan keadaan bahu jalan yang runtuh ia perlu dibaiki segera kerana ia adalah laluan utama kepada pengguna jalan raya,” jelasnya. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di Teluk Intan menurun kepada 65 orang

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI