Maritim Malaysia rampas bubu naga berhampiran Pulau Talang

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Perak berjaya merampas 32 set bubu naga (bubu kambang) di kedudukan sekitar 4.6 batu nautika barat daya Pulau Talang, Perak, pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kesemua bubu berkenaan dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia kira-kira jam 4.15 petang.

Beliau berkata, ia dikesan ketika dalam rutin rondaan dalam OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak melalui pelampung yang diikat pada pancang kayu yang mencurigakan di permukaan air sekitar perairan berkenaan.

“Hasil tinjauan mendapati, kesemua entiti yang terapung itu digunakan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Artikel berkaitan: 

Maritim Malaysia rampas 24 set bubu naga di Lumut

“Semua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut Mohd Hambali, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

“Penggunaan bubu naga boleh mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah untuk masuk ke perangkap jaring terbabit dan menjejaskan biodiversiti marin serta mengakibatkan hasil laut semakin berkurangan.

“Pemantauan dan risikan oleh Maritim Negeri Perak akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah bubu naga daripada terus berleluasa,” katanya. – MG Perak.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI