Maritim Malaysia rampas 24 set bubu naga di Lumut

LUMUT – Sebanyak 24 set bubu naga atau bubu lambang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Lumut pada jam 4.20 petang Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, rampasan pada kedudukan sekitar 0.2 batu nautika timur laut Pulau Talang, dekat sini itu dibuat ketika anggota Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan Op Pintas/ Op Tanjung dan Op Tiris di perairan negeri.

Katanya ketika rondaan berkenaan, pihaknya menemukan bubu berkenaan melalui pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera yang mencurigakan pada permukaan air.

“Hasil tinjauan mendapati, pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera tersebut adalah penanda lokasi bubu yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut”, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahannya lagi, pemilik bubu naga itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jelas beliau, Maritim Malaysia akan terus melakukan pemantauan dan risikan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah bubu naga daripada terus berleluasa. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Maritim Malaysia rampas 50 unit bubu naga

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI